Monday, February 2, 2009

Umat Islam dan bukannya negeri Islam


Perkara kedua yang harus saudara-saudara berikan perhatian, bahawa
bukanlah maksud saya dengan NEGERI-NEGERI ISLAM itu sempadansempadan
negerinya yang memanjang, bukit bukaunya yang mengawan,
sungai-sungainya yang tenang atau air terjunnya yang menjunam. Apa yang
saya maksudkan ialah penduduknya yang hidup dalam kawasan-kawasan yang
berkenaan.
Adalah diketahui bahawa manusia itu sentiasa terdedah kepada
kemusnahan. Setiap orang ada ajalnya yang sudah ditetapkan. Oleh itu
hendaklah kita memindahkan dengan amanah, suci dan jujur segala apa yang
kita warisi daripada orang terdahulu dari kita kepada generasi akan datang
sekiranya kita ingin melihat segala tamadun dan kebudayaan kita kekal di
negeri-negeri itu. Bukan ini saja, bahkan kita mesti memupuk supaya generasi
akan datang sanggup memikul amanah yang berat ini dengan penuh
kemampuan dan kesedaran, agar mereka juga berkesanggupan memindahkan,
amanah itu kepada generasi-generasi yang berikutnya.

0 Comments: