Monday, February 2, 2009

Kewajipan memindahkan perbendaharaan tamadun pada


Sesungguhnya bumi yang saudara-saudara hidup di atasnya ini telah pun
diteroka oleh orang-orang yang terdahulu dari saudara supaya tamadun Islam
dapat bertapak di atasnya, supaya dikuatkuasakan pelaksanaan peraturanperaturan
hidup yang mereka anuti dan supaya diperintah oleh undang-undang
yang dianggap benar dan peraturan-peraturan sistem kerja yang mereka fikirkan
baik.
Perlu kita ingat bahawa kekalnya generasi Islam adalah bergantung
penuh di atas usaha generasi yang akan datang untuk memindahkan tamadun
Islam dalam bentuk hidayah ketuhanannya yang kita warisi dari nenek moyang
kita yang mulia dan yang telah membezakan kita dari bangsa-bangsa lain di
dunia.
Sudah pasti bahawa setiap orang Islam tidak akan kekal, tetapi umat
Islam boleh kekal sepanjang masa, dengan syarat ada kemampuan yang
diperlukan dalam setiap peringkat masa untuk memindahkan perbendaharaan
tamadun kepada generasi yang akan datang. Pemindahan ini hendaklah sentiasa
berjalan dalam setiap pertukaran generasi.
Sekiranya kita tidak sanggup mengekalkan sifat-sifat istimewa tamadun
yang membezakan umat kita itu, dan generasi muda kita pula tercekup dengan
tamadun asing, katakan tamadun Amerika umpamanya, lalu terpengaruh
dengannya dan terbentuk dengan acuannya tidak lagi dengan acuan tamadun
Islam, maka lambat laun bumi ini akan bertukar menjadi bumi Amerika.
Peranan Pelajar
4
Ya, generasi Islam akan tinggal di bumi itu, tetapi ianya dibentuk dengan
acuan Amerika yang menandakan tamadun Islam tidak lagi kekal di atas bumi
yang dikhususkan untuk umat Islam. Itulah yang menandakan kekalnya
tamadun lain yang menghapuskan identiti kebangsaan kita atau dengan lebih
tepat identiti keislaman kita.
Maka hendaklah saudara-saudara mengamati kedudukan masalah yang
dihadapi oleh pelajar-pelajar ini dan memahami bagaimana penting peranan
masalah ini dalam sejarah.
Masalah ini tidaklah merupakan masalah pelajaran semata-mata, bahkan
ianya juga menjadi masalah yang mempunyai hubungan langsung dengan
adanya identiti Islam dan juga dianggap menjadi masalah hidup mati identiti itu
secaia terus menerus.
Hidup kita tidak akan kekal sebagai satu umat Islam melainkan apabila
kekalnya anak-anak muda kita yang sedang melalui peringkat pembentukan dan
persediaan di pusat-pusat pengajian dan pendidikan. Kekal dalam erti
berpegang teguh dengan tamadun Islam, mengibarkan benderanya serta
menyeru kepadanya.

0 Comments: