Monday, February 2, 2009

Keaiban sistem-sistem pelajaran


Kerajaan kita juga harus memikirkan: Bagaimanakah cara kita boleh
menghapuskan keaiban yang terdapat dalam sistem pelajaran dan pendidikan
kita? Ada pun pengetahuan-pengetahuan dan kesenian yang diajar di negerinegeri
Islam sebenarnya tidaklah ada cacatnya, Apa yang merosakkannya ialah
orang-orang yang mengendalinya itu tidak beriman dengan Allah dan Rasulnya.
Oleh sebab itulah mereka menciptanya dengan cara yang dengan
sendirinya menimbulkan di kalangan pelajar-pelajar perasaan tidak percaya
kepada alam semesta dan apa yang ada di dalamnya ini tumbuh. Dengan itu
pelajar-pelajar akan memikirkan bahawa alam ini terjadi dengan sendirinya
tanpa kehendak pihak yang mentadbirkannya, berjalan tanpa dikuasai oleh
sesiapa dan di sana tiada Tuhan yang menjadikannya, menguruskannya dan
mengatur perjalanannya.
Begitu juga tanggapan yang menjadi asas pengetahuan ini ialah: Bahawa
manusia itulah tuan dan pengarah kepada dirinya. la tidak lagi memerlukan
Tuhan untuk memberi petunjuk kepadanya, bahkan pertunjuk dari Tuhan itu
dianggapnya tidak ada. Kedua-dua tanggapan inilah yang mencabut tamadun
Islam dari akar umbinya.
Maka berkewajipanlah kita mengubah aliran ini dalam mencipta setiap
pengetahuan secara aliran baru yang berasaskan iman kepada Allah. Tidaklah
dapat dipertikaikan lagi bahawa kita semua wajib melibatkan diri untuk
mengkaji segala pengetahuan, seperti falsafah dan ilmu kemasyarakatan. Kita
juga harus melibatkan diri untuk mengkaji setiap cabang pengetahuan serta
mengambil faedah dari maklumat-maklumat yang telah dihasilkan oleh manusia
dalam peringkat-peringkat sejarah.
Tetapi sekiranya kita mahu hidup kekal sebagai orang Islam maka
wajiblah kita mempelajari pengetahuan-pengetahuan ini dengan syarat sesudah
pengetahuan itu diislamkan. Tidak syak lagi bahawa pengetahuan ini dalam
bentuknya yang ada sekarang ini akan mengkafirkan kita, samada kita mahu
atau tidak. Inilah masalah pokok bagi sistem pelajaran kita sekarang. Sekiranya
ia lekas difahami dan diubati maka akan hampirlah kita kepada kebajikan dan
kebahagian.
Ramai orang hairan dan dukacita apabila mendengar pendapat ini.
Mereka berkata: Adakah ilmu pengetahuan praktikal (yang memerlukan ujian
dalam bilik makmal) itu mempunyai hubungan dengan ugama Islam. Mereka
bersuara demikian sekalipun mereka telah menyaksikan dengan mata kepala
mereka sendiri apa yang telah berlaku di Rusia yang menyeru kepada konsep
sovit bagi ilmu pengetahuan praktikal.

Dengan nama Allah, katakanlah kepada saya wahai saudara-saudara
sekalian: Jika ilmu pengetahuan praktikal itu tidak ada kaitannya dengan ugama
Islam, maka adakah ianya pula mempunyai kaitan dengan Marxsism?.
Mana-mana anggota masyarakat komunis tidak mahu mempelajari ilmu
pengetahuan, falsafah, sejarah dan ekonomi yang bercorak borjois, tetapi orangorang
itu mempelajari ilmu-ilmu pengetahuan tersebut yang sudah dicelup
dengan fahaman Marx dengan tujuan akan lahirlah dengan banyaknya ulamaulama
dan pakar-pakar sosialis.
Masyarakal sosialis tidak akan kekal tegak atas dasar-dasarnya sekiranya
pelajaran yang dicipta mengikut acuan borjois dibenarkan diajar dalam
pengetahuan masyarakat mereka. Bahkan sudah menjadi kebiasaan bahawa
setiap orang yang mempunyai tamadun dan cara hidup yang tertentu tidak rela
anak-anak mereka dididik dengan ilmu pengetahuan dan kesenian yang dicipta
oleh orang-orang yang menentang tamadun dan cara hidupnya yang tersendiri.
Kerana ini ertinya, akan menghapuskan identitinya serta meresapkannya ke
dalam bentuk yang lain.

0 Comments: