Monday, February 2, 2009

Hakikat kemusnahan umat


Sesungguhnya umat-umat yang telah lenyap tanpa meninggalkan kesan
itu bukanlah ertinya lenyap dari dunia ini, tetapi sebenarnya ialah keruntuhan
kebangsaannya dari alam nyata. Maksud kita apabila kita mengatakan bahawa
tamadun bangsa BABIL dan FIR'AUN itu telah lenyap, ertinya tamadun bangsabangsa
itu telah hilang ciri-cirinya ditelan zaman. Adapun generasi bangsa Babil
itu masih membiakkan keturunannya, tetapi identiti kebangsaannya telah
lenyap. Begitu juga tamadun bangsa Mesir tua masih kekal di muka bumi, tetapi
tamadun yang dikenali dengan nama Tamadun Fir'aun tidak lagi dilihat
kesannya.
Segalanya itu ialah kerana generasi mereka yang silih berganti telah
hilang kemampuan untuk memindahkan pusaka warisan yang diwarisinya dari
generasi yang lalu kepada jenerasi yang lahir selepasnya.
Oleh yang demikian nyatalah bahawa generasi sesuatu bangsa itu apabila
hiiang identiti kebangsaannya dan hancur ke dalam identiti yang lain tnaka
itulah ertinya bangsa itu telah lenyap dan musnah.

Sejarah telah membuktikan bahawa dua belas golongan dari bangsa Israel
telah hilang dan dunia ini dan tidak ditemui oleh sejarah hingga hari ini. Dalam
hal ini tidak pula diriwayatkan bahawa mereka telah dibunuh kesemuanya atau
telah dilenyapkan asal-usulnya dari muka bumi ini untuk selama-lamanya.
Sebenarnya apa yang dimaksudkan dalam hal ini ialah kesedaran keisraelan
telah lenyap dari golongan itu dan kesedaran itu tidak berpindah kepada
generasi-generasi yang lahuselepas mereka. Apabila lenyap sifat keisraelan dan
tamadun keisraelan tadi lalu meresaplah ia ke dalam bangsa-bangsa lain di
dunia ini hingga anak cucu mereka sendiri tidak mengetahui yang mereka itu
berketurunan Israel.
Dari sini nyatalah bahawa hidup dan kekalnya sesuatu bangsa itu adalah
bergantung kepada sikap ingin menyediakan generasi akan datangnya supaya
meraka berkemampuan menielihara identiti kebangsaannya. Mungkin inilah
tajuk penting yang hendak saya terangkan dengan jelas kepada saudara semua.

0 Comments: