Monday, February 2, 2009

Pentingnya pendidikan ketenteraan di samping dasar-dasar


Perkara yang berhubung dengan pendidikan corak ini di negeri-negeri
Islam, jika saudara-saudara lihat sebilangan pejuang di tengah-tengah
perjuangan mereka ini bersemarak dengan sifat kepahlawanan, semangatnya
berkubar-kubar untuk berjihad, cinta kepada mati syahid kerana Allah dan
persediaan yang bersungguh-sungguh dan menghairankan, semuanya ini
bukanlah hasil dari pendidikan di pusat-pusat latihan mereka, tetapi
sebenarnya berpunca dari asuhan ibu yang muslim yang telah menyematkan di
hati pejuang-pejuang gagah itu nama Allah dan Rasulnya sejak pejuang-pejuang
itu masih kecil lagi, ataupun berpunca dan masyarakat Islam yang masih lagi
mempunyai warisan mulia yang meniupkan ke hati pejuang-pejuang itu
makrifat kepadaTuhan, Rasulnya, perjuangan yang mulia, mati syahid kerana
Allah dan menaburkan nilai-nilai keislaman ke dalam fikiran mereka yang
kesemuanya ini tidak ada dalam sistem latihan kita sekarang.
Tetapi, jika kita teruskan usaha-usaha kita untuk merosakkan masyarakat
Islam, maka sampai bilakah kekalnya kesan-kesan makrifat Islam yang mulia
itu? Tidak syak lagi habuan generasi akan datang akan lebih berkurangan lagi.
Ini ialah kerana gadis-gadis yang akan keluar dari pusat-pusat pengajian tinggi
kita pada hari ini tidak dapat kita harapkan lagi untuk mendidik generasi akan
datang dengan makrifat-makrifat ini serta nilai-nilai keislaman melainkan
sebilangan kecil saja.
Ini disebabkan makrifat-makrifat dan nilai tersebut tidak akan tertanam di
hati seseorang melainkan jika ia sentiasa melihat ibunya sembahyang, puasa dan
membaca al-Quran dan sesiapa yang mendengar salah satu darinya maka ia
akan teringatlah kepada Allah dan Rasulnya.
Ada pun ibu-ibu pada masa akan datang mereka tidak pernah menyebut
melainkan nama-nama artis, penari, penyanyi, memberi komentar filem-filem
baru, berbual-bual berkenaan hiburan dan permainan. Amatlah jarang salah
seorang dari mereka itu melembutkan lidahnya dengan menyebut nama Allah
dan Rasulnya.
Peranan Pelajar
18
Dengan keadaan begini bolehkah diharap dari mereka yang terdidik
dengan cara ini untuk berjuang kerana Allah dan Rasulnya, sanggup pula mati
kerana kedua-duanya dan mempunyai perasaan ingin berjihad yang ada pada
setengah-setengah pemuda kita zaman sekarang yang telah memberangsangkan
mereka dari masa ke masa untuk mencatit sejarah kepahlawanan dan
pengorbanan yang gemilang.
Sesungguhnya apabila kita ingin menyediakan pemuda-pemuda yang
sanggup menggadai nyawa dan harla kerana Islam, sanggup mati, senyum
mempertahankan negeri Islam, sanggup mempertahankan peraturan hidup
Islam maka tidak ada jalan lain selain dari memikirkan untuk mendidik mereka
dengan pendidikan yang mengukuhkan iman di hati mereka dan menanamkan
akidah dan akhlak untuk memberanikan mereka melakukan pengorbanan yang
besar terhadap Allah mengikut tanggapan orang-orang Islam. Kesemuanya ini
hendaklah diberikan dalam bentuk yang paling tinggi mutunya di samping
latihan ketenteraan yang bermutu.
Inilah alat penangkis tunggal yang boleh melindungi kita dari musuh
yang berganda-ganda lebih kuat dari kita, dan inilah kubu kuat yang melindungi
kita dan membolehkan kita hidup mulia dalam dunia yang penuh dengan
seteru-seteru yang sentiasa merancang untuk menghapuskan kita dari alam
nyata ini. Muga-muga Allah tidak perkenankan usaha mereka.
Di akhirnya kita pohonkan doa kepada Allah Tuhan semesta 'alam.

0 Comments: