Monday, February 2, 2009

Ilmu pengetahuan praktikal mempunyai dua aspek


Untuk mengatakan bahawa ilmu pengetahuan praktikal itu bersifat antara
bangsa tidak memihak kepada mana-mana ugama, maka ini adalah satu
kesalahan yang besar dan kejahilan yang tiada berkesudahan. Sesungguhnya
ilmu pengetahuan tersebut mempunyai dua aspek: Aspek pertama, merupakan
hakikat-hakikat dan undang tabie yang diketahui oleh manusia setelah ia
melalui beberapa percubaan, ujian dan renungan. Aspek ini tidak syak lagi
berbentuk antarabangsa.
Ada pun aspek yang kedua adalah merupakan bentuk pemikiran yang
mencipta atau merakamkan hakikat-hakikat dan maklumat tersebut, kemudian
diletakkan diatas asas teori tertentu. Terjumlah juga ke dalam aspek kedua ini
ialah bahasa yang dipilih oleh pemikiran tadi untuk dijadikan alat takbir bagi
teori-teori tadi. Aspek ini tidaklah sesuatu yang bersifat antarabangsa. Bahkan
setiap penyeru kepada berbagai-bagai tamadun di dunia ini mempunyai caracara
yang tersendiri, ini adalah perkara biasa. Dan apabila kita menyeru untuk
melakukan perubahan dalam ilmu pengetahuan praktikal maka yang kita
maksudkan ialah aspek kedua tadi dan bukanlah aspek yang pertama.
Saya misalkan kepada saudara-saudara semua. Telah menjadi kenyataan
ilmiah bahawa sesuatu benda yang ada di dunia ini apabila ia sejuk maka ia
mengecut kecuali air, kerana apabila air membeku ia memanjang dan apabila ia
menjadi salji maka ia ringan. Dengan sebab itulah salji itu timbul di permukaan
air. Ini adalah perkara yang diakui oleh kenyataan ilmiah dan percubaan
eksperimen.
Peranan Pelajar
15
Berhadapan dengan hakikat ini, ada dua pendapat;
Pertamanya mengatakan bahawa gejala ini sudah sememangnya menjadi
sifat dan hakikat air itu. Pendapat kedua pula mengatakan bahawa Allah telah
mengurniakan air dengan sifat itu dengan kemurahan nikmat dan
ketuhanannya yang sempura, supaya benda-benda yang ada di lopak-lopak dan
di sungai-sungai dapat hidup. Sekiranya makhluk itu tidak diberi sifat-sifat
sedemikian tadi, nescaya apabila air itu membeku maka jatuhlah ia ke bawah
dan akhirnya lopak-lopak, sungai-sungai dan laut akan bertukar menjadi batu
yang tiada didiami oleh makhluk yang hidup.
Fikirkanlah wahai saudara-saudara: Satu hakikat ditafsirkan oleh dua
orang dengan dua cara tafsiran yang berlainan mengikut dua pendapat yang
berlainan juga: Kedua-dua cara pentafsiran ini meninggalkan dua kesan yang
berbeza dalam fikiran pembaca dan pelajar. Satunya membayangkan hakikat
yang berlaku dan pada waktu yang sama ianya meninggalkan kesan akidah
mentauhidkan Allah, hikmat dan ketuhanannya di dalam fikiran pelajar-pelajar.
Pentafsiran yang satu lagi membayangkan hakikat yang berlaku, tetapi
dengan tafsiran ini orang perseorangan tidak dapat membayangkan konsep
ketuhanan. Lebih jauh dari itu tafsiran ini juga membayangkan satu pendapat
yang berbunyi: Sesungguhnya segala yang berlaku diatas dunia ini adalah
berlaku dengan sendirinya tanpa campurtangan dari hikmat pencipta yang
maha bijak dan ketuhanan Tuhan yang maha berkuasa.
Dan contoh tersebut itu hendaklah disedari bahawa salah satu dari dua
cara mengajar ilmu-ilmu pengetahuan praktikal akan menghasilkan ulamaulama
kebendaan dan cara yang kedua pula akan menghasilkan ulama-ulama
Islam.
Sebenarnya semua bahagian ilmu pengetahuan praktikal itu boleh
menguatkan keimanan kepada Allah dalam hati manusia. Sebagai contoh,
ambillah bahagian-bahagian ilmu tersebut, seperti fizik, kimia, phisiologi, bedah,
biologi dan falak, maka saudara-saudara akan dapati ilmu-ilmu tersebut
membentangkan hakikat-hakikat yang mengkagumkan dan mampu untuk
menjadikan manusia itu benar-benar beriman dengan Allah. Tiada suatu yang
lebih mampu menyuruh beriman dengan Allah selain daripada melalui hakikathakikat
ilmu pengetahuan.
Inilah tanda-tanda atau bukti yang terang benderang yang selalu
diisyaratkan oleh al-Quran dari masa ke semasa. Tetapi oleh kerana ulama kafir
merakamkan hakikat-hakikat ini menurut pandangan mereka maka sebab itulah
perkara ini menjadi tunggang balik. Sepatutnya ia menanamkan akidah tauhid
kepada pelajar-pelajar, tapi ia telah bertukar kepada kebendaan dan
mengingkari wujudnya Allah Taala di samping mentertawa dan mengejekngejekkan
tanggapan yang mengatakan adanya Tuhan.
Peranan Pelajar
16
Saya mahu kerajaan-kerajaan Islam menyedari perbezaan antara dua
aspek ini dan cuba menyelami rahsia persoalan ini. Kita tidak akan dikira
sebagai orang-orang yang beriman dengan Allah dan Rasulnya sedangkan di
pusat pengajian tinggi kita diajarkan ilmu yang mengingkari Allah, ilmu-ilmu
kemasyarakatan yang kufur kepada pencipta yang maha agung dan falsafah
yang enggan mengakui adanya Tuhan.
Sekiranya kita mahu kepada kehidupan bercorak Islam maka hendaklah
kita segera menubuhkan satu badan yang bertugas mengubah kembali susunan
struktur ilmu pengetahuan dan kesenian yang ada sekarang, menyusun bukubuku
baru yang sistematik diterangkan di dalamnya ilmu pengetahuan dan
sastra-sastra mengikut konsep Islam. Selagi kerja-kerja ini tidak selesai maka
ugama dan akidah kita terancam dalam negeri-negeri kita sebagai negeri-negeri
Islam.

0 Comments: