Monday, February 2, 2009

Guru-guru yang dicurigai merbahaya kepada Islam


Di pusat-pusat pengajian tinggi kita, terdapat sekumpulan guru-guru
yang menabur benih-benih kekeliruan mengenai Islam di kalangan pelajar.
Mereka sentiasa berusaha menerangkan kepada pelajar-pelajar bahawa ugama
Islam itu tidak mempunyai tamadun, tidak mempunyai kemajuan, tidak
mempunyai dasar-dasar politik dan ekonomi. Kalau pun ada, maka itu tidak
sesuai lagi dengan tuntutan masa sekarang.Mereka berkata bahawa undangundang
Islam itu sudah lapuk dan tidak sesuai lagi dengan zaman kemajuan
sekarang.
Orang-orang Islam menurut mereka tidak pernah mencatit peristiwa
kepahlawanan dalam lembaran sejarah. Pahlawan-pahlawan yang kita dengar
selama ini adalah dari orang-orang yang bukan Islam. Jaguh-jaguh segala ilmu
pengetahuan dan bermacam-macam kesenian dan sastera, juga pereka-pereka
alat sains moden semuanya dari orang-orang yang bukan Islam.
Di sini sukalah saya berkata dengan terus terang bahawa guru-guru yang
mengajar pelajaran-pelajaran seperti ini kepada pemuda-pemuda kita dan
menuangkan fikiran-fikiran sempurna ini, mereka itu adalah pengkhianat
bahkan mereka itulah pengkhianat dan seteru yang paling buruk kepada negerinegeri
Islam, kerana merekalah yang menghapuskan tamadun Islam atau
dengan lain perkataan merekalah yang berusaha untuk menghancurkan negeri.
Alangkah buruknya nasib bangsa yang generasinya dididik oleh
pengkhianat-pengkhianat seperti ini. Dan perkara yang lebih membahayakan hal
ini, terdapat beberapa jabatan di pusat-pusat pengajian tinggi di setengahsetengah
negeri Islam dikendalikan oleh mahaguru-mahaguru bangsa Amerika
dan pakar-pakar pengajian timur. Paling malang lagi mereka ini mengendali
jabatan-jabatan pendidikan dan ilmu kemasyarakatan. Mereka itu tidak silu-silu
mencurahkan tenaga mereka untuk merosakkan generasi kita dalam hal-hal
yang berkaitan dengan pendidikan dan kemasyarakatan. Tidakkah ini
membunuh diri namanya?

0 Comments: