Monday, February 2, 2009

Kekuatan prinsip Islam dalam memperbaiki umat


Dengan hanya menyematkan sifat patuh tadi ke dalam hati mereka maka
bolehlah saudara-saudara menjadikan mereka golongan orang yang
melaksanakan keadilan, kebenaran dan menjadikan mereka menjauhi segala
kerja yang haram di dunia dengan dorongan takwa kepada Allah dan dengan
perasaan bertanggungjawab di hadapan Allah pada hari kiamat kelak, juga
menjadikan mereka golongan yang senang hati dalam memberikan segala
pengorbanan yang mulia dengan dorongan patuh kepada Allah, Rasul dan
ugamanya.
Sesungguhnya orang-orang bukan Islam itu mempunyai nilai-nilai yang
berbeza dan tempat patuh yang berlainan yang dijadikan asas akhlak mereka.
Jadi, misalnya jika saudara-saudara mahu menanamkan perasaan kasih kepada
punca-punca patuh kepada yang lain daripada Allah, Rasul dan ugamanya di
kalangan umat Islam, maka saudara-saudara memerlukan masa selama lima
puluh tahun untuk menjayakan proses ini, iaitu untuk menukarkan umat Islam
itu kepada yang bukan Islam. Dan saudara-saudara juga perlu kepada lima
puluh tahun yang lain lagi jika saudara-saudara mahu menjadikan mereka satu
bangsa barat yang sempurna. Sebelum tempoh ini, saudara-saudara tidak
berupaya menanamkan di kalangan mereka akhlak kebangsaan yang saudarasaudara
dapati dan gemari pada bangsa-bangsa barat.
Tetapi jika saudara-saudara mahu menegakkan pembentukan umat Islam
ini di atas nilai-nilai akhlak Islam, maka saudara-saudara boleh memulakan
untuk itu dari sekarang juga dan saudara-saudara akan berjaya dalam tempoh
beberapa tahun saja, kerana akidah-akidah Islam yang tersimpul pada tauhid
kerasulan dan percaya kepada hari akhirat itu telah pun diwarisi dari ibubapa
mereka dan akidah-akidah pula telah menjadi darah daging dalam suasana
sekeliling masyarakat Islam dan tradisi kebangsaan orang-orang Islam.
Benih-benih akidah yang telah berakar umbi di bumi Islam sejak beberapa
lama ini jika saudara-saudara siram dengan sedikit air pun nescaya akan tumbuh
subur dan berbuah.
Sesungguhnya penjajah, sekali-kali tidak pernah mengambil berat tentang
tamadun dan akhlak umat islam, bahkan mereka menganggap bahawa keadaan
umat Islam yang ikhlas kepada Islam serta bersifat dengan akhlak Islam itu akan
melahirkan bahaya kepada mereka. Oleh sebab itulah mereka telah

mempraktikkan di negeri-negeri Islam yang dijajahinya sistem pelajaran dan
pendidikan yang mempunyai keistimewaan menggoncangkan tapak iman di
hati-hati kita.
Sistem itu juga mempunyai keistimewaan bagi menimbulkan kekaburan
di sekitar akidah Islam, memperkecilkan tamadun dan menghina-hinakannya di
hadapan mata kita. Perasaan tamak politik penjajahlah yang memaksa mereka
memesongkan kita dari ugama Islam dengan sesungguh hati. Tetapi jika kita
amalkan sistem pelajaran dan pendidikan penjajah sesudah kita bebas dari
belenggu pengabdiannya dan sesudah kita sanggup berdikari, maka itu bererti
kita bersungguh-sungguh mahu membunuh diri.

0 Comments: