Monday, February 2, 2009

Pentingnya berpegang dengap akhlak Islam dan tamadunnya


Perkara kedua yang wajib diberi perhatian oleh saudara-saudara kita
pelajar-pelajar muda ialah mereka patut menyedari bahawa perjuangan hidup
mati kita bukan saja bergantung kepada akidah Islam, bahkan bergantung juga
kepada akhlak dan nilai-nilai Islam, kerana adanya hubungan yang rapat antara
akidah dan akhlak, bahkan wujudnya salah satu darinya memestikan adanya
yang satu lagi. Sesungguhnya akidah Islamlah yang memestikan kita berpegang
dengan akhlak dan nilai-nilai yang tertentu.
Apa yang dapat dilihat sejak zaman berzaman bahawa pusat-pusat
pengajian tinggi kita telah melalaikan asuhan akhlak di kalangan pelajar-pelajar.
Bahkan yang lebih teruk lagi ialah pusat-pusat pengajian tinggi itu telah
bersungguh-sungguh menabur benih-benih pengetahuan yang bertentangan
dengan nilai Islam serta bercanggah dengan segala prinsip akhlak Islam.
Patutlah kita ingat bahawa akhlak dan nilai-nilai yang menjadi teras
kebangkitan umat barat tidaklah dapat kita jadikan asas kebangkitan kita,
bahkan kita tidak dapat bangun, maju dan berkuasa melainkan setelah kita
menerima prinsip-prinsip akhlak yang telah disediakan kepada kita oleh Islam,
Allah dan rasulnya.
Orang barat boleh berkorban dengan diri dan hartanya untuk
mempertahankan tanahairnya dengan keadaan ia hidup sebagai seorang gila,
menari dan mabuk arak serta melakukan segala perkara kejahatan dan
keruntuhan akhlak, kerana falsafah kebendaan yang menjadi pegangan mereka
tidak menegah itu semua. Tetapi orang Islam mengetahui bahawa semua
perkara tersebut dilarang oleh Allah dan rasulnya tidaklah boleh mengikuti cara
hidup sebegitu dan tidak boleh memilih kebudayaan bentuk sedemikian kecuali
setelah mereka berpaling tadah dari asas-asas pelajaran Islam.
Sesungguhnya disisi orang barat, apabila mereka melakukan perkaraperkara
tersebut, tidaklah bertentangan dengan prinsip-prinsip akhlak dan nilainilai
tamadun mereka, tetapi bagi orang Islam, dengan melakukan dosa-dosa itu,
ia telah meruntuhkan prinsip-prinsip yang menjadi landasan akhlak dan nilainilai
kita.
Kedudukan orang Islam jika ia minum arak adalah berlainan sekali
daripada kedudukan orang barat. Soal bahaya akibat arak kepada tubuh dan
jiwa manusia adalah sama, tidak kira samada ia Islam atau kafir. Oleh kerana
arak tidak haram di sisi ugama kafir, maka apabila orang kafir meminumnya, ia

hanya merosakkan tubuh dan jiwanya saja. Adapun akidah dan ugamanya tidak
terlibat.
Hal ini berlainan sekali dengan keadaan orang Islam. Orang Islam tidak
akan melakukan kejahatan itu melainkan apabila jiwanya sudah dirasuk oleh
perasaan memberontak terhadap Allah dan Rasulnya serta oleh perasaan tidak
memperhitungkan lagi hari yang akan ditimbang segala kebaikan dan kejahatan.
Sesudah itu ia tidak akan memadai melakukan satu dosa, bahkan akan
melampaui kepada dosa-dosa lain dan akan mempersetankan segala ikatan dan
kewajipan-kewajipan akhlak, hingga pada satu hari kelak tidak ada lagi perkara
dalam Islam yang patut dihormati dan dimuliakan dan semuanya dihinakannya.

0 Comments: