Monday, February 2, 2009

Dosa mereka yang menyebar kebudayaan sundal di kalangan


Apabila manusia faham hakikat yang nyata ini serta tahu benar-benar
sifat-sifatnya, maka mestilah ia menyedari betapa dahsyatnya kesalahan yang
dilakukan oleh orang-orang yang menjadikan pemuda-pemuda kita di pusatpusat
pengajian tinggi itu sebagai orang-orang yang mewah lalu ditanamkan
perasaan suka menari, bergembira, melucah dan mempermain-mainkan nilainilai
ugama, di samping ditaburkannya pula kebudayaan sundal, disogokkan
pula wanita-wanita jelita hingga mereka mati dalam pelukan wanita-wanita itu
dan disebarkan pula penyakit menodai nilai-nilai akhlak Islam. Alangkah
dahsyatnya pengkhianatan mereka!
Oleh yang demikian wajiblah bagi pelajar kita menyedari akibat-akibat
perbuatan ini. Sekiranya pihak-pihak yang berkuasa terjerumus ke lembah
kesalahan ini kerana kejahilan dan kebodohan mereka, maka pelajar-pelajar
wajiblah menjauhinya seberapa yang dapat. Dia samping itu mereka juga
hendaklah membentuk satu pendapat dan kesedaran yang menyeluruh untuk
menjauhkan mereka daripada menjadi mangsa kebudayaan sundal itu dan
untuk menghapuskannya.
Di sini kita harus bertanya sesama kita: Jika timbul di kalangan pelajarpelajar
sendiri perasaan ingin menentang kebudayaan tersebut, maka
dimanakah lagi kekuatan yang dapat meluluskan tamadun tidak bertuhan dan
kebudayaan kuning itu masuk ke pusat-pusat pengajian tinggi dengan cara
paksa?
Memang sudah tidak boleh dinafikan lagi bahawa sekiranya saudarasaudara
sendiri sudah tidak suka menari misalnya, maka sudah tentulah tidak
ada kuasa lagi yang dapat memaksa saudara-saudara untuk menari.

Memanglah ada di sana galakan dan godaan syaitan yang menggalakkan
manusia supaya melakukan perkara-perkara mungkar dan merosakkan adatadat,
nilai,perasaan dan kecenderungan mereka. Tapi apabila pelajar-pelajar
sendiri menyedari bahawa kebudayaan sundal ini merupakan penyakit
kronik yang akan meresap ke dalam diri mereka, maka sudah tentulah mereka
boleh menjauhinya dan menentang gerakan cuba memasukkannya ke pusatpusat
pengajian tinggi. Saya ingin agar ada suatu usaha ditumpukan ke arah
memupuk kesedaran di kalangan pelajar untuk menentang perkara-perkara
mungkar tersebut.
Inilah dua dari beberapa perkara yang bersangkut paut dengan pelajarpelajar
sendiri. Jika mereka amalkan kedua-duanya maka dapatlah mereka
menghapuskan segala perkara mungkar yang bertaburan di pusat-pusat
pengajian tinggi kita dan yang menyebabkan banyak berlaku kerosakan fikiran
dan akhlak.
Sementara itu biarlah saya kaji sekarang dengan ringkas kewajipankewajipan
dan tanggungjawab kerajaan dalam bidang ini.

0 Comments: