Monday, February 2, 2009

Pentingnya pemusatan kuasa ke arah mengawasi prinsipprinsip


Sesungguhnya apa yang patut diberi perhatian yang lebih berat dari yang
lain ialah bahawa pelajar-pelajar yang mempunyai kesedaran keislaman
hendaklah bangun menentang segala gerakan anti Tuhan dan fahaman
kebendaan yang bergerak untuk mengabui atau meragu-ragukan akidah Islam
serta melemahkan orang yang beriman kepadanya. Dengan itu mereka tidak
akan menentang segala gerakan yang bertujuan menghapuskan akidah-akidah
ini dan menghalangnya dari bertapak di kalangan mereka.
Pelajar-pelajar harus menentang gerakan tersebut dengan apa cara
sekalipun demi menjaga hidup mati identiti Islam di muka bumi ini. Perlu
diketahui bahawa orang yang menimbulkan keraguan ke dalam fikiran orang
ramai tentang akidah di bumi Islam ini, maka dia bukan saja melakukan dosa
kufur atau murtad, bahkan ia telah melakukan pengkhianatan yang maha
dashyat terhadap hak bumi Islam dan juga ia berniat mencabutnya hingga ke
akar umbinya.
Ini adalah satu hakikat yang mesti disematkan di hati saudara-saudara
semua. Jika ada di antara saudara-saudara yang mencuaikan perkara ini maka
hendaklah beri peringatan akibat-akibat masa akan datang. Dengan demikian
tidaklah dibiarkan fikiran-fikiran yang merosakkan dan prinsip-prinsip anti
Tuhan itu tumbuh subur di pusat-pusat pengajian tinggi, di universiti-universiti
atau di sekolah-sekolah dalam negara-negara Islam. Dengan demikian juga

dapatlah dielakkan dari tersebarnya falsafah-falsafah yang merosakkan prinsip
asasi Islam dan yang mengkaburkannya yang sudah tentu membuahkan hasilhasilnya
yang tidak diingini.

0 Comments: