Monday, February 2, 2009

Kewajipan kerajaan dalam pendidikan moral


Perkara kedua yang wajib saya beri ingatan kepada kerajaan ialah
pentingnya mengambil berat tentang pendidikan moral atau akhlak.
Sesungguhnya pendidikan ini sekalipun ianya diperlukan oleh badan pengajian
tapi badan-badan yang menyediakan pegawai-pegawai kerajaanlah yang paling
berhajat kepadanya, samada badan-badan itu khusus melatih tentera, anggota
polis atau pegawai awam.
Adalah wajib diajarkan di institusi ini akhlak-akhlak dan kebudayaan
Islam sebagai mata pelajaran wajib. Fikiran pelajar-pelajarnya hendaklah penuh
dengan akidah-akidah Islam. Mereka hendaklah dididik dengan cara mematuhi
hukum-hukum Islam. Segala unsur yang berbentuk fasik yang boleh
mempermain-mainkan ugama di institusi ini hendaklah ditutup rapat-rapat.
Inilah di antara perkara perkara yang boleh menegakkan negara dan
menguatkan kewujudannya.
Kita sekarang hanya melatih seorang anggota polis dan kita menyangka
apabila ia bernama Abdullah atau Abdul Rahman misalnya maka mestilah ia
berugama Islam. Kita hanya melatihnya dari segi yang diperlukannya untuk
menunaikan tugasnya sebagai seorang anggota polis. Kita langsung tidak
merasa perlu untuk menjadikannya seorang polis yang Islam yang teguh
imannya. Ini memberikan gambaran bahawa sistem latihan kita tidak berbeza
dengan sistem latihan polis lain di dunia, bahkan sistem kita itu bulat-bulat
tiruan dari sistem lain tadi.
Sistem ini akan mengakibatkan bahawa anggota polis itu akan tamat dari
pusat latihan tanpa menghiasi dirinya dengan akhlak-akhlak Islam. Hanya
sekadar yang boleh menjadikannya seorang yang layak menunaikan tugas-tugas
penjaga keamanan, melainkan beberapa orang yang Tuhan kasihi saja yang
Peranan Pelajar
17
mempunyai akhlak Islam. Tetapi ini bukanlah hasil cara latihan kita, bahkan ia
telah sedia berakhlak demikian atau pun ia dapati dari punca yang lain.
Oleh yang demikian tak usahlah saudara-saudara mengeluh jika ada di
antara anggota polis kita yang terkena penyakit rasuah dan segala macam rupa
jenayah dan skandal berlaku di bawah jagaan mereka serta merebaknya
penyeludupan di bawah kawalan mereka, kerana saudara-saudara tidak pernah
berusaha sedikitpun untuk menghiasi mereka dengan akhlak Islam yang mulia.

0 Comments: