Monday, February 2, 2009

Sejauh mana bahaya tamaddun bukan Islam dalam


Dari itu saudara-saudara patut menyedari bahawa apabila tamadun
bukan Islam itu meresapi di kalangan umat Islam maka bahaya dan
kecelakaannya akan lebih hebat lagi sekiranya ia meresap dikalangan umat
bukan Islam, kerana kesan buruk yang lahir pada umat-umat bukan Islam
adalah sama seperti kesan yang menimpa bagi orang-orang lain juga, seperti
kesan buruk dari orang yang minum arak atau melakukan sesuatu perbuatan
yang buruk.
Adapun kita orang-orang Islam, apabila kita melaku dan menuruti
tamadun sundal itu maka ia melibatkan akidah dan prinsip-prinsip iman,
menggoyang asas-asasnya, juga melemahkan dasar-dasarnya di hati kita, serta
menimbulkan bibit memberontak terhadap Allah dan Rasulnya dan mungkin
menyebabkan keluar dari Ugamanya.
Apabila sebab-sebab buruk ini timbul maka kita tidak boleh lagi tetap
mentaati sesuatu peraturan di dunia ini, kerana orang yang patut kita taati dan
menyerahkan diri kita kepadanya telah pun kita tentangi dia dan kita
abaikannya. Dengan sebab inilah juga apabila seorang Islam itu mula
mengingkari hukum-hukum Islam ia tidak akan memadai dengan sekali dua,
bahkan ia akan terus tergelincir dan mengingkarinya secara berterusan hingga
tidak ada lagi perasaan tanggungjawab tersemat di hatinya dan tidak lagi
menghormati apa jenis undang-undang. Ketika itu keruntuhan akhlaknya tidak
terbatas lagi.
Saudara-saudara juga harus meneliti bahawa apabila seorang Islam yang
percaya kepada Allah, kepada Rasul dan kepada al-Quran, kemudian ia
melakukan perbualan yang ia tahu bahawa Allah menegah ia melakukan
demikian dan Rasul pula mencacinya serta al-Quran telah mengharamkannya
juga telah menjanjikan azab kepadanya pada hari kiamat, maka apa lagi sesudah

ini yang boleh dikatakan bahawa ia menghormati nilai-nilai akhlak serta
menyanjungnya? Tidak ada lagi yang boleh memaksanya supaya ia patuh
kepada undang-undang yang dibuat oleh lembaga perundangan yang ia tidak
bertuhan kepadanya? Dan manalah ia akan mengorbankan diri dan kepentingan
dirinya demi maslahat bangsa dan tanahair yang ia fikir tidak mesti
disembahnya? Dan oleh kerana ia telah biasa menceroboh kehormatan syariat
Tuhan yang mulia dan perbuatan melanggar undang-undang itu telah menjadi
tagehannya serta memberontak terhadap undang-undang yang suci di sisi
akidahnya, maka perbuatan menentang undang-undang itu sudah menjadi
kebiasaannya. Oleh itu tidaklah dapat diharapkan darinya lagi untuk mentaati
sesuatu undang-undang pun dalam segala aspek hidup. Orang seperti ini tidak
layak menjadi anggota dalam masyarakat yang bertamadun, apa lagi menjadi
anggota dalam masyarakat Islam.

0 Comments: