Monday, February 2, 2009

Bahaya tersebarnya khianat dalam masyarakat


Sesungguhnya perkara pertama sekali yang harus difikirkan oleh kerajaan
dengan cara mendalam ialah: Apakah sebab meluasnya perbuatan rasuah dan
khianat, dan apakah dorongan-dorongan yang berada di belakangnya yang
menyebabkan segala usaha untuk menghapuskannya sia-sia belaka?
Gejala ini sedang menyelubungi umat Islam pada masa ini dan
menjadikan segala peraturan perundangan tidak berfaedah belaka, kerana
undang-undang yang diciptakan untuk memperbaiki kerosakan itu hampirhampir
dipersia-siakan oleh badan-badan pelaksanaan sendiri. Bahkan setiap
kewajipan yang lahir dari pihak pencipta undang-undang itu sendiri yang
membuka pintu baru bagi rasuah.
Perkara ini tidaklah terhenti setakat ini saja, bahkan dengan restu rasuah
inilah penyeludup-penyeludup akan membawa keluar negeri barang-barang
berharga dan menjualkannya kepada seteru-seteru. Bahkan mercka juga
menyeludupkan keluar barang-barang yang sangat diperlukan dalam negeri.
Sebenarnya rasuah ini menguntungkan seteru-seteru kita.
Saudara-saudara patut melangkah setapak lagi ke hadapan, kemudian
hendaklah saudara-saudara berfikir: Orang-orang yang mengamalkan penipuan
terhadap saudara sebangsanya untuk mendapatkan seratus rupiah umpamanya,
ia tidak akan merasa berat untuk menjual rahsia negara kepada seteru-seteru
apabila diupah dengan berpuluh-puluh ribu rupiah.

Apabila penyakit khianat dan menjual maruah dilakukan oleh beribu-ribu
orang dalam sesuatu negeri maka erti mereka bersedia pula mengorbankan
ugama, akidah, amanah dan tanahair mereka demi kepentingan diri mereka
sendiri. Pada ketika itu anak-anak negeri yang biasa melakukan kerosakan
secara profesional akan menggunakan mereka itu tadi untuk mencapai tujuantujuan
mereka. Begitu juga seteru-seteru akan menjadikan mereka alat yang
boleh menurut telunjuk untuk memusnahkan kewujudan umat Islam.

0 Comments: